nliana

Tuesday, October 03, 2006

Bagaimana saya menjadi 'diri saya' pada hari ini

Hai, assalamualaikum . Harap anda semua sihat.

Hari ni saya nak cerita bagaimana saya menempatkan diri dalam bidang yang saya ceburi. Yelah apabila kita jadi orang baru kita kenalah 'muncul' di celahan orang ramai agar kita terpanggil untuk hebat seperti orang yang sudah menempah nama.

Saya masih ingat pada meeting yang pertama saya hadiri di First Business Inn. Sebelum ini saya hanya mendengar mengenai leader - leader hebat dari mulut rakan niaga.Pada hari itu saya berpeluang berjumpa sendiri dengan nama - nama tersebut. Memandangkan hadir sendiri tanpa rakan niaga saya beranikan diri berjumpa KAZ (pengasas kami) .Tak sangka beliau begitu terbuka menjawab setiap soalan yang saya ajukan. Secara tak langsung kita menerima ilmu biz tanpa perantara, sudah tentu 'aura hebat' tersebut dapat kita serap.

Kadang kala bila kita terlalu malu, kita akan terlepas peluang keemasan seperti ini. Sejak itu apabila nama kita di kenali maka mudahlah kita berurusan dan menampilkan diri. Saya hadiri setiap aktiviti meeting yang di adakan di KL bila masa terluang. Sehingga satu masa saya di pelawa memberi pendapat di Conference Online dan juga di beri peluang menjadi Emcee di meeting group di Stokis sedangkan pada ketika itu saya hanya orang yang 'kecil' kalau nak di bandingkan dengan orang lain.

Begitulah saya mula menjadi seperti hari ini. Walau saya masih banyak kekurangan tapi saya bangga di SN , saya berpeluang untuk jadi seperti apa yang saya nak. So pada yang baru menceburi bidang MLM kita tampilkan potensi yang kita ada dalam satu medium biz yang menyeronokkan di SINI.

Berjumpa lagi.Wasallam

TIAP YANG BERMULA DENGAN FOKUS PASTI BERAKHIR DENGAN JAYA

0 Comments:

Post a Comment

<< Home